Wednesday 6 February 2013

cukup pada tarikh :)

assalamualaikum wahai ahli bubur sekalian..post pada detik ini dipacu laju-laju buat seorang menesia yang bernama Fatin Nurul Athirah bt Muhamad Amri..panjang bukan nama ini?hmm, ini lah masalahnya bila post pasai orang lain..tataw nak cheghita apa..haha :p

nak dijadikan cerita, figura yang rabun ini telah ditakdirkan untuk menjadi kawan km pada tahun 2006..tyme tuh panggil dia fatin..lama kelamaan, setelah beberapa kali keluar rehat bersama beliau, panggilan fatin telah bertukar ke tirah..tadak kaitan sebenaqnya scene keluaq rehat sekali tuh..motif hanya nak bagi panjang ja perenggan neh..hahaha :p best kawan dengan figura rabun ini kerana beliau sangat skema..km pon tak pasti macam mana buleh bergaul dengan insan se-skema ini..duduk mesti depan punya..mintak maaf lah, km memang tak suka duduk depan sebab buleh saket kepala..okay, itu alasan yang sangat membongak..tapi, itu adalah realiti..hahaha..tyme 2006 neh, tak berapa buleh nak baca perangai dia lagi sebab baru kenai..sekejap dia okay, sekejap dia macam hulk..yang paling best tyme form two neh, bila figura rabun neh moody selama seminggu lebeh di sekolah, tamaw cakap dengan km, asek jeling..cungkil mata baru taw! setelah proses penyiasatan dijalankan, beliau moody kerana mendapat berita bahawa beliau bakal mendapat adek..HAHAHA..serius lawak..

2007, tahun pmr..perkawanan macam biasa ja..tahun ni, km tak berapa rapat dengan beliau kerana beliau mempunyai kawan yang lebih sopan daripada km..bab ayat pasrah, memang km terer..hahaha.. :p pada tahun 2007 juga, figura rabun ini telah berjaya muntah di atas baju km disebabkan beliau tidak sehat..makanya, baju sekolah km yang putih suci dan murni telah diwater-colourkan dengan ayaq kopi yang jelas berwarna hitam..

sedaq tak sedaq, yaa km sedaq dah 8 tawun kawan dengan dia..maleh nak cita setiap tahun, bukan dapat duet pon..hahaha :p senang citanya macam ni lah, tirah neh saja laa yang kebal dengan segala kata-kata km, baik, dia jadi kurang baik sebab bergaul dengan km lah kot..sorry..:) dia jugak la tempat km buleh luahkan pendapat-pendapat falsafah km yang tak berapa nak ber-falsafah..walaupun dia suka tiru perkataan km, takpa km bagi ja sebab kesian dia tadak vocab sangat..hahaha :p

perenggan akhir: ABIANG, terima kaseh sebab sudi kawan dengan itew yang jahat, mulut tadak trepik light, suka perli abiang..abiang baik sangatt, abiang memang tabah, i love you lah abiang..itew berharap semoga abiang tabah menjalani hidup di um, jangan stress stress..belajaq elok-elok..sila makan banyak, sebab km dah gemok dari mpa..ini sangat tak normal taw biang bila km gemok dari mpa..i hate thisss situasyen! :p semoga dengan CUKUP-nya abiang 21 pada hari ini, semoga abiang semakin merancakkan diri dengan aktiviti mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, tak tinggal baca quran, cari lagi ramai kawan kat um so that abiang will not be lonely at um..haaa, dalam bi gituuu..kecoh habesss!hahaha.. emm, lagi satu, jangan lupa kat km..haha.. :')

nota ibu jari kaki: post ini khas untuk Fatin Nurul Athirah sempena besday dia pada 7/2/2013..kalau rasa mual, jangan baca..tak dipaksa pon..harap maklum, post ini akan penuh dengan gambaq beliau..kanak-kanak bawah umur tidak dibenarkan untuk tengok kerana khuatir akan mengalami perasaan seram sejuk..hahaha :p








1 comment:

  1. Speechless siahhh :')
    Gambaq bwh sekali sgt huduh.hahahaha
    Thanks abiangg.haha

    ReplyDelete