Saturday 2 February 2013

angin

hai tentawan..haha, okey kena tune balek cakap normal lepas dah bergaul dengan puak tak normal iaitu tikah, farah dan farah..untuk mengisi masa cuti lapang km yang tak berapa lapang neh, km telah mengajak farah dan tikah untuk ke kilang gula..

kami semua janji dengan tirah nak pi dalam pukul 2.30 cemtu, tapi kami sampai tepat pukul 5..untuk pengetahuan tirah, kami semua telah mengambil keputusan untuk menikmati semangkuk ais kacang di hadapan avon sebelum ke kilang gula akibat terlalu dahaga kerana cuaca di perlis untuk makluman anda semua adalah lebih hangat daripada biasa..HAHAH..jangan marah tirah!lauk semua habes ja kan..muehehe.. :p

bila dah sampai kat rumah tirah, sembang ngarot-ngarot, nyakat petani pintar setelah lama tidak berbuat demikian..rindu taw dak..perasaan melankolik jiwa hanya boleh dizahirkan dalam penulisan sahaja okay tirah..harap maklum..hahaha

lepeh dah solat asar, kami semua nak lepak-lepak kat kebun kuda..tikah yang malas, telah mengambil keputusan untuk bawak kereta padahai dekat ja pon..tak paham betey..haha..part yang paling best tyme neh ialah tengok tikah lompat..untuk para pembaca semua, shot kegemaran kami semua ialah scene lompat!disebabkan badan tikah ringan macam kapas, dialah yang lompat paling tinggi..kagum kagum..haha

lepas megrib, semua berkubang atas katil..yeah, tuu satu terapi yang diamalkan oleh kami semua kalau nak stat bercerita atau bergosip pestu main wrestling pulak kan..haha..harap budak laki tak baca..tyme nak solat, semua liat nak stat ambek wudhuk dengan mayang..ish ish ish..

okayh, tujuan utama event kat rumah tirah neh ialah nak tengok cita hantu..ada laa dalam setengah jam layan, tikah dah setat menutup mata dengan selesanya..memandangkan cita tuh pon tak berapa best, kami semua mengambil keputusan untuk melayari bahtera..haha

pada pagi keesokan harinya, kami semua bangun pada waktu yang sangat lewat..yeah, memang amat tak manes, tapi apakan daya, inilah diri kami..hahaha..lepas sarapan, bergosip dengan ahli keluarga tirah sampai pukul 1..mak tirah sangat gila-gila merangkap ketua stalker kawasan padang besaq..hahaha..jangan marah aunty! :p

otw nak balek tu, singgah kat arau sebab nak try makan yog king gituuu..destinasi seteruihnya ialah, rumah dayah..saja-saja melawat dak dayah nih sebab dia dah nak felai ke aussie gitu..bangga kawan-kawan sekolah dapat pi luaq..bangga ka?hahaha:p dayah jamu lah kami semua bihun goreng dan ayaq yang sangat sedappp..sembang sembang, pestu kami semua mintak nak meng-undurkan diri dari rumah beliau..tyme tuh dalam kereta kat area rumah dayah lagi, tetiba terkeluaq ayat dari mulut tikah "sebenaqnya aku nak tambah lagi bihun tuh, tapi maluuuu" HAHAHA..pestu farah dan km pon gelak ter-uhuk uhuk tyme tuh jugak..ketiga-tiga orang makhluk ini nak tambah lagi rupanya, tapi disebabkan malu niat tersebut diabaikan..haha..

disebabkan LAPAQ, kami semua memacu laju ke kepsi..lawak tengok budak-budak sekolah sekarang, deting kat kepsi..berlagak macam orang dah kawen..hailaaa..dunia ini semua..okey dah, kemudian, kami semua menuju ke tempat lain untuk makan iaitu pengkalan asam..sebelum tuh cari ayaq kelapa dulu sebab ibu mengandung iaitu tikah mengidam nak minum ayaq kelapa..haha..

PENUTUP, pikiaq sendiri sebab km dah tak larat nak type..lain kali kena buat mind map dulu supaya isi lebih tersusun..kahkah :p







2 comments:

  1. ibu mngandung kamu kata?haha... ok, part km malas nak jln sgt x aci..dush!

    ReplyDelete
  2. hahaha..okay..kita dua maleh nak jalan..adillll :p

    ReplyDelete