Monday 15 April 2013

muntah


Sesak. Macam isi kepalanya yang tengah sesak juga. Manal sekali lagi menjeling ke arah jalan yang penuh di bawah kaki yang terjuntai dari palang besi. Kenderaan bersesak bergerak mengalahkan lembu dan kerbau berjalan. Traffic jam, waktu pejabat dah habis, waktu sekolah juga sudah habis. Jam di tangan dipandang. Matahari makin condong. Buat kesekian kalinya Amnah mengambil keputusan untuk melepak di atas bumbung bangunan sekolah daripada menghadiri kelas tambahan pada petang rabu yang mendung itu. Bertemankan headphone Philips yang besar ‘gedabak’ dan pemain mp3 Sony yang berwarna merah jambu, Manal sudah boleh tersenyum bahagia. Kebanyakan barang kepunyaan Manal pasti berwarna merah jambu dek kerana abahnya yang suka akan warna tersebut. Manal tidak kisah asalkan dia dapat semua barang tersebut. Jam semakin menghampiri pukul 6. Kelas tambahan sudah berakhir setengah jam yang lalu. Manal masih buntu memikirkan keputusan samada ingin menyambung pelajaran ke Darul Quran selepas peperiksaan SPM kelak. Hatinya kuat membentak  tidak mahu ke Darul Quran kerana bakal dikelilingi dengan peraturan yang ketat. Bukannya di sekolah tiada peraturan, tapi entah apa yang menjadi penghalang kepada Manal untuk mengatakan ya. Sambil melayan perasaan di atas bumbung, lagu qasidah Ya Hanana turut berkumandang di telinga Manal. Walaupun berkarakter ganas, pelik, dan suka mengacau rakan-rakannya, ada satu sifat tersirat di dalam diri Manal yang tak mungkin akan difahami oleh orang lain kecuali mak dan abahnya iaitu dia suka menyendiri.
                Setelah ‘tuang’ kelas tambahan pada petang itu, Manal pulang ke dorm untuk membersihkan diri. Amnah yang menyedari Manal tiada semasa dalam kelas tadi hanya memerhatikan tingkah laku rakan karibnya bersiap-siap untuk ke dewan makan. Amnah sangat kagum dengan Manal yang sangat pandai. Meskipun Manal selalu ponteng kelas namun keputusan peperiksaannya tetap akan cemerlang. Antara rahsia Manal boleh ‘excellent’ sebegitu ialah dia mengaplikasi teknik hafalan ketika mengulangkaji. Para guru, ustaz dan ustazah juga tidak menafikan Manal mempunyai daya ingatan yang kuat. Justeru, ramai yang memujuk beliau supaya menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Darul Quran kerana tidak ramai yang mendapat peluang berharga seperti yang telah ditawarkan kepada Manal. Ramai pelajar yang tidak lepas temuduga yang dijalankan oleh pihak Darul Quran.
Letih. Amnah berlari anak-anak menuju ke perpustakaan kerana dia mahu mengulangkaji pelajaran di situ. Amnah pun tidak faham kenapa dia mengambil keputusan untuk berlari padahal boleh saja dia berjalan. Itu lah Amnah, terkenal dengan sifat peliknya. Amnah mempunyai masa lebih kurang 3 jam sebelum menghadapi kertas terakhir untuk peperiksaan SPM pada petang itu iaitu subjek Syariah. Ketua pengawas peperiksaan masuk untuk mengutip semua kertas peperiksaan. Setelah kertas jawapan Manal dikutip, maka berakhirlah perang yang diharungi selama sebulan pada Disember 2012. Riak gembira dan teruja jelas terpancar pada muka semua pelajar tetapi tidak bagi Manal.

                “ Wey makcik, hang tak best ka exam dah habeh? Muka tu cuba bagi jernih sikit. Hang taw dak kucing pon takdak selera nak kawan dengan hang kalau hang dok buat muka lagutu..”slumber Amnah menerjah Manal dari belakang. Amnah merasakan sifat pelik Manal ini sudah tidak dapat dibuang lagi.
“Dah tu ampa nak suruh kami buat muka macam mana?Buat cool sudah, nanti kalau kami buat reaksi di luar batasan, tak dak ‘tulang rusuk kiri’ nak kat kami..hahaha”. Tulang rusuk kiri tu merujuk kepada kaum lelaki. Balas Manal sambil mengemas segala barang-barang yang telah bersama dengan dia sejak Tingkatan Satu
                “Hang nak buat apa cuti nanti?Kerja?Jaga anak sedara ka nak duduk saja kat rumah?”Amnah masih galak lagi bertanya soalan meskipun dia tahu Manal sudah malas nak melayan pertanyaannya.
                “Kami nak hapai Quran..Hahaha. Ampa caya dak kami nak hapai Quran?”Manal bertanya kepada Amnah.
                “Wow! Caya caya, aku taw hang boleh. Otak hang senang nak ingat. Aku nih, nak hapai surah As-Sajdah pon dok ketaq-ketaq lagi”..balas Amnah dengan penuh merendah diri. Manal hanya mampu tersenyum.

SEKIAN..GUA RASA NAK TERMUNTAH, PENING.. MOHON ALLAH CEPAT SEMBUHKAN HAMBA-NYA YANG HINA INI..

No comments:

Post a Comment