Wednesday 15 May 2013

hati

assalamualaikum..aura nak menaip sangat membara malam ni..tataw dah kenapa..
mungkin sebab angin sejuk-sejuk sambil dengaq lagu kat fly fm yang agak macam rare menambahkan lagi adrenalin km nak menaip malam ni..haha..
minggu lepas usim join grand final liga ipt kat um..seperti yang dijangka, km pon ikot sekali untuk memeriahkan lagi van yang angkot player usim ulang-alik dari nilai ke um..haha..km tak main pon sebab mengalami kekurang upayaan di bahagian lutut..anggap saja ini semua ujian dari Allah swt.. :) perkara paling best kat usim selain kawan-kawan se-law ialah kawan -kawan netbol..mereka amat baik dan suka mengkrik-krik kan km..ada pika, jay, k.rai, mila, lyn, meah, aten..tapi aten dah quit..biarkan lah dia..semoga dia bahagia dengan keputusan dia..apa yang km belajaq dari team netbol usim ini ialah, kawan sangat penting..jangan buat keputusan yang agak-agak boleh kecewakan hati kawan kita..dan apa yang lagi best, bonding antara kawan-kawan semakit bertambah, dengan cekgu pon yang suka memanggil km orang kelainan upaya..haha..maceh cekguuu..naseb cekgu cekgu..haha :p




Monday 15 April 2013

muntah


Sesak. Macam isi kepalanya yang tengah sesak juga. Manal sekali lagi menjeling ke arah jalan yang penuh di bawah kaki yang terjuntai dari palang besi. Kenderaan bersesak bergerak mengalahkan lembu dan kerbau berjalan. Traffic jam, waktu pejabat dah habis, waktu sekolah juga sudah habis. Jam di tangan dipandang. Matahari makin condong. Buat kesekian kalinya Amnah mengambil keputusan untuk melepak di atas bumbung bangunan sekolah daripada menghadiri kelas tambahan pada petang rabu yang mendung itu. Bertemankan headphone Philips yang besar ‘gedabak’ dan pemain mp3 Sony yang berwarna merah jambu, Manal sudah boleh tersenyum bahagia. Kebanyakan barang kepunyaan Manal pasti berwarna merah jambu dek kerana abahnya yang suka akan warna tersebut. Manal tidak kisah asalkan dia dapat semua barang tersebut. Jam semakin menghampiri pukul 6. Kelas tambahan sudah berakhir setengah jam yang lalu. Manal masih buntu memikirkan keputusan samada ingin menyambung pelajaran ke Darul Quran selepas peperiksaan SPM kelak. Hatinya kuat membentak  tidak mahu ke Darul Quran kerana bakal dikelilingi dengan peraturan yang ketat. Bukannya di sekolah tiada peraturan, tapi entah apa yang menjadi penghalang kepada Manal untuk mengatakan ya. Sambil melayan perasaan di atas bumbung, lagu qasidah Ya Hanana turut berkumandang di telinga Manal. Walaupun berkarakter ganas, pelik, dan suka mengacau rakan-rakannya, ada satu sifat tersirat di dalam diri Manal yang tak mungkin akan difahami oleh orang lain kecuali mak dan abahnya iaitu dia suka menyendiri.
                Setelah ‘tuang’ kelas tambahan pada petang itu, Manal pulang ke dorm untuk membersihkan diri. Amnah yang menyedari Manal tiada semasa dalam kelas tadi hanya memerhatikan tingkah laku rakan karibnya bersiap-siap untuk ke dewan makan. Amnah sangat kagum dengan Manal yang sangat pandai. Meskipun Manal selalu ponteng kelas namun keputusan peperiksaannya tetap akan cemerlang. Antara rahsia Manal boleh ‘excellent’ sebegitu ialah dia mengaplikasi teknik hafalan ketika mengulangkaji. Para guru, ustaz dan ustazah juga tidak menafikan Manal mempunyai daya ingatan yang kuat. Justeru, ramai yang memujuk beliau supaya menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Darul Quran kerana tidak ramai yang mendapat peluang berharga seperti yang telah ditawarkan kepada Manal. Ramai pelajar yang tidak lepas temuduga yang dijalankan oleh pihak Darul Quran.
Letih. Amnah berlari anak-anak menuju ke perpustakaan kerana dia mahu mengulangkaji pelajaran di situ. Amnah pun tidak faham kenapa dia mengambil keputusan untuk berlari padahal boleh saja dia berjalan. Itu lah Amnah, terkenal dengan sifat peliknya. Amnah mempunyai masa lebih kurang 3 jam sebelum menghadapi kertas terakhir untuk peperiksaan SPM pada petang itu iaitu subjek Syariah. Ketua pengawas peperiksaan masuk untuk mengutip semua kertas peperiksaan. Setelah kertas jawapan Manal dikutip, maka berakhirlah perang yang diharungi selama sebulan pada Disember 2012. Riak gembira dan teruja jelas terpancar pada muka semua pelajar tetapi tidak bagi Manal.

                “ Wey makcik, hang tak best ka exam dah habeh? Muka tu cuba bagi jernih sikit. Hang taw dak kucing pon takdak selera nak kawan dengan hang kalau hang dok buat muka lagutu..”slumber Amnah menerjah Manal dari belakang. Amnah merasakan sifat pelik Manal ini sudah tidak dapat dibuang lagi.
“Dah tu ampa nak suruh kami buat muka macam mana?Buat cool sudah, nanti kalau kami buat reaksi di luar batasan, tak dak ‘tulang rusuk kiri’ nak kat kami..hahaha”. Tulang rusuk kiri tu merujuk kepada kaum lelaki. Balas Manal sambil mengemas segala barang-barang yang telah bersama dengan dia sejak Tingkatan Satu
                “Hang nak buat apa cuti nanti?Kerja?Jaga anak sedara ka nak duduk saja kat rumah?”Amnah masih galak lagi bertanya soalan meskipun dia tahu Manal sudah malas nak melayan pertanyaannya.
                “Kami nak hapai Quran..Hahaha. Ampa caya dak kami nak hapai Quran?”Manal bertanya kepada Amnah.
                “Wow! Caya caya, aku taw hang boleh. Otak hang senang nak ingat. Aku nih, nak hapai surah As-Sajdah pon dok ketaq-ketaq lagi”..balas Amnah dengan penuh merendah diri. Manal hanya mampu tersenyum.

SEKIAN..GUA RASA NAK TERMUNTAH, PENING.. MOHON ALLAH CEPAT SEMBUHKAN HAMBA-NYA YANG HINA INI..

Wednesday 10 April 2013

malu..

assalamualaikum ahli cendol..ayat-ayat stereotaip buat para so called 'blogger' bila dah lama tak update ialah habeh bersawang blog aku, dah berhabuk blog aku..hahaha..cuba, cuba tukaq ayat tuh..teruih update, tayah buh ayat-ayat tuu semua..yaa ini lah masalah km, selalu tak pueh ati..haha..

dulu tyme sekolah rendah, darjah tiga kot kalau tak silap km penah tertidoq dalam kelas..tyme tu ada ustazah tengah mengajaq kat depan..sedang enak km dibuai mimpi tetiba ada satu suara nyaring menjerit2 nama syafiqah!syafiqah! lalu insan yang bernama syafiqah pon menjerit dengan sekuat hati kerana beliau berimaginasi sedang bertarung dengan anasir jahat dalam mimpi..tengah sedap-sedap jerit, tetiba ada satu tolakan kuat dari tepi..hal ini membuatkan syafiqah terpaksa membuka matanya,

dan setelah beliau membuka matanya, beliau dapat melihat seisi ruang kelas sedang mentertawakannya..tetiba beliau rasa malu nak mampuis[mampuih macam ganas sangat] kerana beliau sedaq beliau telah menjerit dengan kuat sekali ketika dalam mimpi tadi di mana beliau juga turut menjerit secara live di dalam kelas..

ekoran dari kejadian itu, syafiqah sangat malu..semenjak itu juga, beliau sudah trauma untuk tidur di dalam kelas kerana khuatir insiden ketika
di darjah tiga itu akan berulang kembali..terima kaseh ustazah, terima kaseh mimpi..

aku tak paham kenapa aku buleh update belog sedangkan ada case study yang perlu di karang dimana panjangnya kurang dari apa yang aku dah type kat sini..

Wednesday 6 February 2013

cukup pada tarikh :)

assalamualaikum wahai ahli bubur sekalian..post pada detik ini dipacu laju-laju buat seorang menesia yang bernama Fatin Nurul Athirah bt Muhamad Amri..panjang bukan nama ini?hmm, ini lah masalahnya bila post pasai orang lain..tataw nak cheghita apa..haha :p

nak dijadikan cerita, figura yang rabun ini telah ditakdirkan untuk menjadi kawan km pada tahun 2006..tyme tuh panggil dia fatin..lama kelamaan, setelah beberapa kali keluar rehat bersama beliau, panggilan fatin telah bertukar ke tirah..tadak kaitan sebenaqnya scene keluaq rehat sekali tuh..motif hanya nak bagi panjang ja perenggan neh..hahaha :p best kawan dengan figura rabun ini kerana beliau sangat skema..km pon tak pasti macam mana buleh bergaul dengan insan se-skema ini..duduk mesti depan punya..mintak maaf lah, km memang tak suka duduk depan sebab buleh saket kepala..okay, itu alasan yang sangat membongak..tapi, itu adalah realiti..hahaha..tyme 2006 neh, tak berapa buleh nak baca perangai dia lagi sebab baru kenai..sekejap dia okay, sekejap dia macam hulk..yang paling best tyme form two neh, bila figura rabun neh moody selama seminggu lebeh di sekolah, tamaw cakap dengan km, asek jeling..cungkil mata baru taw! setelah proses penyiasatan dijalankan, beliau moody kerana mendapat berita bahawa beliau bakal mendapat adek..HAHAHA..serius lawak..

2007, tahun pmr..perkawanan macam biasa ja..tahun ni, km tak berapa rapat dengan beliau kerana beliau mempunyai kawan yang lebih sopan daripada km..bab ayat pasrah, memang km terer..hahaha.. :p pada tahun 2007 juga, figura rabun ini telah berjaya muntah di atas baju km disebabkan beliau tidak sehat..makanya, baju sekolah km yang putih suci dan murni telah diwater-colourkan dengan ayaq kopi yang jelas berwarna hitam..

sedaq tak sedaq, yaa km sedaq dah 8 tawun kawan dengan dia..maleh nak cita setiap tahun, bukan dapat duet pon..hahaha :p senang citanya macam ni lah, tirah neh saja laa yang kebal dengan segala kata-kata km, baik, dia jadi kurang baik sebab bergaul dengan km lah kot..sorry..:) dia jugak la tempat km buleh luahkan pendapat-pendapat falsafah km yang tak berapa nak ber-falsafah..walaupun dia suka tiru perkataan km, takpa km bagi ja sebab kesian dia tadak vocab sangat..hahaha :p

perenggan akhir: ABIANG, terima kaseh sebab sudi kawan dengan itew yang jahat, mulut tadak trepik light, suka perli abiang..abiang baik sangatt, abiang memang tabah, i love you lah abiang..itew berharap semoga abiang tabah menjalani hidup di um, jangan stress stress..belajaq elok-elok..sila makan banyak, sebab km dah gemok dari mpa..ini sangat tak normal taw biang bila km gemok dari mpa..i hate thisss situasyen! :p semoga dengan CUKUP-nya abiang 21 pada hari ini, semoga abiang semakin merancakkan diri dengan aktiviti mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, tak tinggal baca quran, cari lagi ramai kawan kat um so that abiang will not be lonely at um..haaa, dalam bi gituuu..kecoh habesss!hahaha.. emm, lagi satu, jangan lupa kat km..haha.. :')

nota ibu jari kaki: post ini khas untuk Fatin Nurul Athirah sempena besday dia pada 7/2/2013..kalau rasa mual, jangan baca..tak dipaksa pon..harap maklum, post ini akan penuh dengan gambaq beliau..kanak-kanak bawah umur tidak dibenarkan untuk tengok kerana khuatir akan mengalami perasaan seram sejuk..hahaha :p








Saturday 2 February 2013

angin

hai tentawan..haha, okey kena tune balek cakap normal lepas dah bergaul dengan puak tak normal iaitu tikah, farah dan farah..untuk mengisi masa cuti lapang km yang tak berapa lapang neh, km telah mengajak farah dan tikah untuk ke kilang gula..

kami semua janji dengan tirah nak pi dalam pukul 2.30 cemtu, tapi kami sampai tepat pukul 5..untuk pengetahuan tirah, kami semua telah mengambil keputusan untuk menikmati semangkuk ais kacang di hadapan avon sebelum ke kilang gula akibat terlalu dahaga kerana cuaca di perlis untuk makluman anda semua adalah lebih hangat daripada biasa..HAHAH..jangan marah tirah!lauk semua habes ja kan..muehehe.. :p

bila dah sampai kat rumah tirah, sembang ngarot-ngarot, nyakat petani pintar setelah lama tidak berbuat demikian..rindu taw dak..perasaan melankolik jiwa hanya boleh dizahirkan dalam penulisan sahaja okay tirah..harap maklum..hahaha

lepeh dah solat asar, kami semua nak lepak-lepak kat kebun kuda..tikah yang malas, telah mengambil keputusan untuk bawak kereta padahai dekat ja pon..tak paham betey..haha..part yang paling best tyme neh ialah tengok tikah lompat..untuk para pembaca semua, shot kegemaran kami semua ialah scene lompat!disebabkan badan tikah ringan macam kapas, dialah yang lompat paling tinggi..kagum kagum..haha

lepas megrib, semua berkubang atas katil..yeah, tuu satu terapi yang diamalkan oleh kami semua kalau nak stat bercerita atau bergosip pestu main wrestling pulak kan..haha..harap budak laki tak baca..tyme nak solat, semua liat nak stat ambek wudhuk dengan mayang..ish ish ish..

okayh, tujuan utama event kat rumah tirah neh ialah nak tengok cita hantu..ada laa dalam setengah jam layan, tikah dah setat menutup mata dengan selesanya..memandangkan cita tuh pon tak berapa best, kami semua mengambil keputusan untuk melayari bahtera..haha

pada pagi keesokan harinya, kami semua bangun pada waktu yang sangat lewat..yeah, memang amat tak manes, tapi apakan daya, inilah diri kami..hahaha..lepas sarapan, bergosip dengan ahli keluarga tirah sampai pukul 1..mak tirah sangat gila-gila merangkap ketua stalker kawasan padang besaq..hahaha..jangan marah aunty! :p

otw nak balek tu, singgah kat arau sebab nak try makan yog king gituuu..destinasi seteruihnya ialah, rumah dayah..saja-saja melawat dak dayah nih sebab dia dah nak felai ke aussie gitu..bangga kawan-kawan sekolah dapat pi luaq..bangga ka?hahaha:p dayah jamu lah kami semua bihun goreng dan ayaq yang sangat sedappp..sembang sembang, pestu kami semua mintak nak meng-undurkan diri dari rumah beliau..tyme tuh dalam kereta kat area rumah dayah lagi, tetiba terkeluaq ayat dari mulut tikah "sebenaqnya aku nak tambah lagi bihun tuh, tapi maluuuu" HAHAHA..pestu farah dan km pon gelak ter-uhuk uhuk tyme tuh jugak..ketiga-tiga orang makhluk ini nak tambah lagi rupanya, tapi disebabkan malu niat tersebut diabaikan..haha..

disebabkan LAPAQ, kami semua memacu laju ke kepsi..lawak tengok budak-budak sekolah sekarang, deting kat kepsi..berlagak macam orang dah kawen..hailaaa..dunia ini semua..okey dah, kemudian, kami semua menuju ke tempat lain untuk makan iaitu pengkalan asam..sebelum tuh cari ayaq kelapa dulu sebab ibu mengandung iaitu tikah mengidam nak minum ayaq kelapa..haha..

PENUTUP, pikiaq sendiri sebab km dah tak larat nak type..lain kali kena buat mind map dulu supaya isi lebih tersusun..kahkah :p







Thursday 31 January 2013

gelas

tepat pukul 7.30 pagi sabtu aritu, km telah selamat sampai perlis..yeahhh!akhirnya dapat balek jugak setelah bergelumang dengan USIM..alsp best kat part choral speaking ja kot..sebab kena nyanyi lagu hindustan..km tataw laa, benda-benda neh memang buatkan km semangat lebeh..hahaha :p 

kadang-kadang orang mesti pelik kan kalau km cakap ada dua rumah, satu kat melaka, satu lagi kat perlis..haha..untuk pengetahuan, tyme km form 5 mak dengan abah kena pindah melaka sebab 2-2 orang tuh naik pangkat plus dah lama duduk kat perlis..jadi, depa kena la pindah melaka.. jadiii, km kena la hidup berdikari kat perlisss neh bersama dengan along dan angah..bukan sebab parents km separated okayhhh..banyak ja orang ingat cemtu..hahaha..itu LAWAK!

sebenaqnya nak cita pasai gelas..yaa, tadi baru kena marah dengan angah sebab tak basoh gelas..yaa la kan, dia suruh basuh tupperware ja, gelas dia tak suruh pun :3 km memang terkenal hanya akan buat benda yang orang suruh ja..sebagai contoh macam kalau orang suruh basuh tupperware, km memang akan basuh tupperware ja lahh..yesss, itu memang buruk perangai dan tataw bila buleh ubah..HAHAHA..takpa lah, nanti tak buleh dengaq dah angah bising cemtu lagi..esok dia dah nak ke penang untuk kerjaaa yang baru dia dapat..semoga Allah permudahkan segala urusan dia..

lagi satuuuu..hari selasa haritu, km bersama rakan-rakan bermasalah telah ke sekolah untuk menziarah para cikgu dan ustazah..mungken orang lain cakap, buat apa pi sekolah, buang masa dan malu..rasanya, cekgu-cekgu tuh lagi suka kot kalau kita selalu pi ziarah depa..jangan lupa jasa cekgu kita yang dah bagi macam-macam ilmu kat kita..berkat guru itu penting wahai kawan-kawan.. :)

hurmm..nak bagi peringatan tuh tak semestinya dia tuh ustazah, orang lain pun bulehh okayh..

p/s: post km memang bercampur baur sebab km type berdasarkan apa yang otak km tengah pikiaq..hahaha..as-sekian :p



chongkak :)

assalamualaikum..harap maklum post kali neh dalam BAHASA MALAYSIA..untuk makluman semua yang dah maklum kot, pada berapa hari bulan satu tah, kami iaitu budak-budak yang tak reti dok diam lepas abeh final paper telah pergi ke sungai chongkak untuk berjimba..haha

sebenaqnya ketua plan neh ialah jannah namaw..dia kan suka mandi sungai, pestu dia ajak la km dan geng-geng yang sewaktu dengannya pi mandi sungai lepas abeh exam..kalau geng km ja, bermakna hanya 5 orang ja lah..maknanya memang tak best lah kan..JADI, untuk menambah keseronokan tersebut, km telah mengarahkan shimi dan salmah untuk mengajak kawan-kawan rapat mereka.. JADI, setelah dihitung tambah dan tolak peserta untuk ke sungai chongkak ini telah bertambah menjadi 10 orang..maryam, saadah, miraly, shimi, hayyu, biel, k.pidah, jannah, pikah dan salmah..malam sebelum kejadian, jannah dengan salmah sebok dengan google sebab nak tengok peta jalan sampai sanggop letak laptop atas baldi sebab nak mendapatkan tenet yang laju macam monyet..

tepat pukul 9.00 pagi pada hari sabtu tuh, km dan shimi telah ke anggerik untuk mengambek kereta yang telah disewa..yalah kan, takkan nak p naik moto pulak, tak elok untuk keselamatan kami semua yang maseh anak dara ini..kahkah :p kami sediakan bekalan makanan supaya mangsa-mangsa ke sungai chongkak neh tak kebuluran lepas mandi ayaq..jadi malam tuh shimi dengan saadah in charge buat kek batik..km, salmah dengan biel buat roti teloq yang sedap lagi pemes itu..

haaa, ini part yang paling mencabar..wajiblah untuk kami semua sesat kan..ditambah pulak dengan cara memandu km yang tak dapat di baca oleh maryam..sory maryam! haha :) salmah merangkap pembaca peta menjalankan tanggungjawab beliau dengan baik sekali..bergadoh cket cket tuh jadi asam garam la kan kalau dah sesat banyak kali..hahaha..tapi takpa, km tetap cool demi me-maintainkan semangat nak berkelah..

okey, perenggan neh kami semua dah sampai kat sungai chongkak..opkos la bila dah sampai sungai mesti la nak mandi kan, takkan nak lawan race beskal dalam ayaq pulak..kat sini, km kenai dengan kawan baru iaitu miraly dengan maryam atau mayam..serius sebelum neh tak penah kenai pon dengan dia, ditambah pulak dengan muka mintak penumbuk beliau..dia okay ja..maryam pulak sesuci debu dalam bag plastik..ehhh?
part yang paling km tak puas hati ialah SAADAH buleh BERENANG..buat yang tataw, saadah neh lagi berangka besar dari kami semua..tapi dia buleh berenang..yaaa..saadah memang hebat walaupun muka dia kerek tak buleh belah sambil berenang meninggalkan kami semua yang majoritinya berenang guna tangan dengan kaki terpacak kat bawah..

lepeh dah abeh mandi segala, kami semua terbang kembali ke kajang sebab nak makan sate kajang!serius sedapp kecuali ayaq kelapa dia..kannn saadah?haha:p
selepas dah kenyang dengan ayam dan daging dalam perot, maka kembali lah kami semua ke bumi nilai..kami semua sampai dalam pukul 9 cemtu..okay lah kan..memanfaatkan masa..haha..

PENUTUP, km rasa neh la outing yang paling best sepanjang kat usim..yeahh, tenkiu kepada para peserta chongkak..mungken best sebab tadak laki kot..ya lahh, km kan dikelilingi dengan pempuan ja dari form one..dah la kat rumah pon semua pempuan..harap maklum yaaa kawan-kawan..hahaha :p